Wednesday, January 22, 2014

Inisiatif Malaysia dalam memperkenalkan dinar emas

Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri Malaysia yang keempat.

Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikenali dunia sebagai seorang yang bersuara lantang dan memiliki daya tahan yang tinggi di pentas politik antarabangsa. 

Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 – satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.


Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas – sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit.
Harga bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas.
Proposal ini bertujuan mencari sistem alternatif bagi mengelakkan ketidakpastian situasi ekonomi yang terdedah kepada ancaman manipulasi mata wang dan aktiviti spekulasi.


Untuk memahami kenapa Dr. Mahathir mencadangkan sistem dinar emas, kita perlu melihat kembali kepada krisis mata wang Malaysia yang berlaku pada Julai 1997.

JTP 293 :- PERNIAGAAN ANTARABANGSA




Assalamualaikum, 
Salam sejahtera dan salam 1 malaysia..

Terciptanya blogspot ini bagi sama-sama kita untuk memperluaskan lagi fahaman tentang PERNIAGAAN ANTARABANGSA yang melingkungi dalam dan luar Malaysia. Dengan erti kata lain, blog ini adalah satu tugasan dalam modul JTP293 PERNIAGAAN ANTARABANGSA bagi pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Sains Malaysia

Di sini saya memperkenalkan ahli kumpulan saya iaitu :-



1- Fadzil Bin Md Nor                          WE/JG/79/12


2- Mohd Haniff Bin Hasbullah            JG/6075/12

3- Syahrul Nizal Bin Staffa                 JG/6521/12

4- Nor Firdaus bt Abdul Razak           JG/6241/12

5- Safinas Binti Mohd Nor                  JG/6404/12

6- Nur Aida Natasha Bt Md Radzi       JG/6293/12



Sekiranya cik/encik/puan/tuan ada kemusykilan terhadap artikel-artikel
kami.... dengan senang hati tuan/puan bolehlah memberi cadangan atau
komen bagi memudahkan lagi kefahaman pembaca-pembaca kami..

sekian, terima kasih








SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA







SEBAB SEBAB SEKATAN

1 ) Melindungi industri penting

  • Industri penting seperti industri beras dan industri senjata api perlu dilindungi oleh kerajaan. 
  • Industri beras dan industri senjata api adalah amat penting dalam masa kecemasan, misalnya ketika negara itu diserang oleh negara lain. 
  • Kerajaan mesti mengurangkan persaingan yang dihadapi oleh industri penting daripada barang import melalui sekatan import bagi memastikan industri penting berkembang danmenghasilkan bekalan yang mengcukupi kepada negara. 

2 ) Melindungi industri muda
  • Industri muda adalah industri yang baru ditubuhkan di dalam negara, misalnya industri kereta proton di Malaysia. 
  • Industri muda masih belum menikmati ekonomi bidangan dan kos purata pengeluaranya adalah lebih tinggi daripada industri barang import. 
  • Industri muda belum mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada orang ramai. Oleh itu,pasaranya adalah terhad dan keupayaan pengeluaranya adalah di bawah tingkat optimum. 
  • Keluaran industri muda belum setanding dari segi kualiti dan harga berbanding dengan barang import. Oleh itu, kerajaan perlu menyekat barang import supaya industri muda dapatberkembang dan bertanding dengan industri asing. 

3 ) Mempelbagaikan ekonomi negara
  • Kegiatan ekonomi tradisional yang diamalkan oleh kebanyakan negara sedang membangun merupakan kegiatan pertanian yang rendah daya pengeluaran dan pendapatanya. 
  • Untuk menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, adalah mustahak mempelbagaikan ekonomi negara, contohnya memajukan industri perkilangan. 
  • Usaha mempelbagaikan ekonomi dapat mengurangkan pergantungan negara pada import dan eksport tertentu dan menstabilkan ekonomi negara. 
  • Untuk menjayakan usaha mempelbagaikan ekonomi., kerajaan harus melaksanakan dasar menyekat import terhadap keluaran negara asing yang bersaing dengan kelauaran tempatan. Selain itu, kerajaan perlu melaksanakan dasar menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barang eksport negara di pasaran antarabangsa. 

4 ) Meningkatkan guna tenaga
  • Perkembangan industri-industri tempatan terutamanya industri perkilangan dapatmewujudkan banyak peluang pekerjaan. Ini seterusnya menambahkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. 
  • Ini juga bertujuan untuk melindungi industri-industri tempatan dan mempelbagaikan ekonomi demi meningkatkan guna tenaga dalam negara. 

5) Memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif
  • Kebanyakan negara membangun mempunyai imbangan pembayaran yang negatif keranakadar syarat perdagangan yang merugikan. Ini menyebabkan jumlah perbelanjaan importmelebihi jumlah pendapatan eksport. 
  • Untuk memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif, kerajaan harus mengurangkan import melalui sekatan-sekatan import serta menambahkan eksport melalui galakan-galakan eksport. 

6) Menentang dasar lambakan negara asing
  • Negara asing yang melaksanakan dasar lambakan iaitu memonopoli pasaran negara dagangnya dengan menjual barang pada harga yang jauh lebih rendah dan menyebabkan industri barang berkaitan di negara dagangnya kehilangan pasaran. Seterusnya, akan berlakupengangguran. 
  • Untuk menentang dasar lambakan negara asing, negara yang mengimport barang lambakan akan menyekat import barang berkenaan demi melindungi industri tempatan. 

7) Menambah pendapatan kerajaan
  • Sekatan import dalam bentuk tarif merupakan sumber pendapatan penting kepada kerajaan. Kerajaan mengenakan cukai import untuk menambahkan pendapatan kerajaan. 
  • Tarif bukan sahaja dapat membiayai lebihan perbelanjaan kerajaan tetapi juga boleh melindungi industri-industri tempatan dan memperbaiki imbangan pembayaran negara. 

8 ) Alasan berdikari
  • Sekatan import dapat memajukan industri penggantian import dalam negara. 
  • Subsidi eksport dapat memajukan industri berorientasikan eksport. 
  • Apabila sekatan import dan subsidi eksport telah berjaya memajukan industri-industri berkenaan dan mempelbagaikan ekonomi, negara itu dapat berdikari tanpa terlalu bergantung pada eksport-import. 
  • Keupayaan berdikari dari segi ekonomi dapat menjamin kestabilan ekonomi negara tanpa pengaruh besar daripada keadaan melambung meleset 
  • di negara-negara asing. 


PENGAWALAN HARGA BARANGAN




Kenapa Kerajaan Memperkenalkan GST !!! #Bajet2014 #Malaysia


Jom kita sama2 kenali apa itu GST.... baca dulu baru nilai... peace =)


Video Pembelajaran SPM


Info yang sangat membantu para pelajar... rugi tak tengok tawww!! 


Apa Itu Perniagaan Antarabangsa

Sedikit maklumat umum mengenai Perniagaan Antarabangsa


Monday, January 20, 2014

Duti Eksais Tentukan Harga Kereta



KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kerajaan bersedia untuk menurunkan duti eksais yang secara langsung boleh menurunkan harga kereta jika kedudukan fiskal negara membenarkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, walaupun perkara itu tertakluk kepada Kementerian Kewangan, tetapi kementeriannya komited untuk merealisasikan penurunan harga kereta dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014.

''Buat masa ini, tiada kemungkinan untuk kerajaan melalui Kementerian Kewangan menurunkan duti eksais.
''Bagaimanapun, jika terdapat pendapatan daripada sektor lain yang boleh menjadi alternatif kepada hasil duti tersebut, tidak mustahil (harga) boleh diturunkan,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa mengumumkan Dasar Automotif Nasional 2014 di sini hari ini.

Tahun lalu, kerajaan menyasarkan untuk mencapai sasaran defisit fiskal pada paras tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020.

Jika sasaran berkenaan diambil kira, potensi untuk duti eksais dikurangkan menjelang 2020 adalah cerah.
Mustapa menjelaskan, kementeriannya sudah membangunkan rangka kerja pengurangan harga bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 dan 30 peratus sehingga tahun 2017.

Rangka kerja itu meliputi pelbagai langkah, dan faktor asas ialah meliberalisasikan industri automotif tempatan, tambah beliau.

Langkah mengurangkan harga kenderaan juga merupakan akujanji Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas yang kemudiannya berjaya membentuk kerajaan.

Sementara itu, bagi mengurangkan kebimbangan rakyat mengenai peraturan jangka hayat kenderaan (ELV), kerajaan telah mengambil keputusan untuk tidak mewajibkannya.

"Proses pemeriksaan kenderaan akan dilakukan secara sukarela oleh pemilik dan perkhidmatan berkenaan tidak dimonopoli oleh mana-mana syarikat seperti sekarang," ujarnya.




© Utusan Melayu (M) Bhd 

CHINA Mendominasi Pasaran Antarabangsa Dunia



Ini sedikit sebanyak dapatan hasil carian maklumat saya mengenai perbandingan cukai dan pengeluaran di negara-negara Asia ...


Apa yang dapat saya rumuskan disini, kadar cukai di negara China kurang membebankan rakyat kerana tidak mengenakan cukai kepada beberapa keperluan rakyat seperti sektor pendidikan, kesihatan dan juga cukai barangan runcit GST.

Kaedah Yang Digunakan Oleh Malaysia Dalam Mengehadkan Perdagangan Antarabangsa

Jenis-Jenis Sekatan

Cukai Langsung

Tarif merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport. Apabila tarif import dikenakan, harga import meningkat dan kuantiti barang import yang diminta akan jatuh.
Tarif Ad-Valorem − Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang import.

Jika tarif ialah 50%, maka barang import yang bernilai RM20,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM10,000, manakala barang import yang bernilai RM40,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM20,000.
Tarif Spesifik − Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.

Jika tarif ialah RM30 setiap 100 kilogram beras import, cukai import beras tersebut adalah tetap tidak kira harga beras import naik atau turun.

Sekatan tarif akan
1.  menaikkan harga import barangan,
2.  mengurangan permintaan tempatan terhadap barangan import,
3.  menambahkan permintaan tempatan terhadap barangan pengganti import,
4.  memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran negara,
5.  menambahkan pendapatan negara.

Cukai Tak Langsung

Kuota

Kuota merupakan tindakan kerajaan mengehadkan kuantiti maksimum barang atau perkhidmatan yang boleh diimport dari luar negara untuk satu tempoh masa tertentu.

Sekatan kuota akan mengurangkan dan menghadkan jumlah kuantiti import. Apabila kuota dikenakan, penawaran barang import akan jatuh. Kesannya, kuantiti barang import dalam pasaran tempatan akan berkurangan.

Kekurangan barang import dalam pasaran tempatan akan mendorong pengguna untuk membeli lebih banyak barang tempatan. Sekatan kuota lebih berkesan daripada tarif untuk mengurangkan persaingan dari luar apabila permintaan tempatan terhadap barang import tidak anjal harga, iaitu keadaan di mana peratus penurunan kuantiti diimport adalah sedikit sahaja walaupun harga import barangan meningkat dengan mendadak.

Kawalan Pertukaran Asing
Kawalan pertukaran asing merupakan tindakan kerajaan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing. Bank pusat mengawal terhadap jumlah pelbagai mata wang asing yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan.

Mata wang asing diperlukan untuk mengimport barang dari luar negara. Bagi mengurangkan import dari sesebuah negara, kerajaan akan mengurangkan penawaran mata wang negara tersebut dalam pasaran.
Apabila BNM mengurangkan jumlah Dolar Amerika yang dapat dibeli oleh pengimport Malaysia, import dari Amerika akan disekat.

Apabila BNM menghadkan hanya RM1000 per orang yang boleh dibawa ke luar negara, jumlah perbelanjaan di luar negara akan dikurangkan.
Kawalan pertukaran asing dapat menggalakkan perkembangan industri pengganti import dalam negara.

Subsidi Eksport
Bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar yang berorientasikan eksport.  Subsidi eksport akan mengurangkan tanggungan kos pengeluar dan seterusnya menurunkan harga barang eksport.

Subsidi eksport akan meninggikan kuasa persaingan barang eksport dan menyekat persaingan eksport negara asing di pasaran antarabangsa.
Pemberian subsidi eksport oleh kerajaan Malaysia kepada pengeluar minyak kelapa sawit di Malaysia telah meningkatkan eksport minyak kelapa sawit Malaysia dan mengurangkan eksport minyak kacang soya Amerika di pasaran antarabangsa.

Embargo
Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import dari negara tertentu. Semua pihak berkuasa tempatan di pelabuhan, lapangan terbang dan stesen keretapi melarang barang dari negara yang dikenakan embargo dibawa masuk ke dalam negara. Sekatan embargo bertujuan menyekat import dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara musuh atau negara yang melanggar prinsip kemanusiaan dunia.

Piawai Kesihatan dan Keselamatan
Sekatan dalam bentuk peraturan mengawal jenis barang import.

Barang import yang tidak mematuhi Piawai Kesihatan Dan Keselamatan kerajaan tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara.


CONTOH :-

Tuesday, January 14, 2014

Kebaikan Kenggunakan Dasar Perindustrian Di Malaysia

Negara kita telah mengutamakan perindustrian untuk mencapai era negara moden. Kerajaan telah menjalankan pelbagai dasar untuk meningkatkan tahap industri negara. 


Sememangnya negara kita telah memberi penekanan yang ketara terhadap aspek perindustrian terutama sejak awal tahun 80-an yakni era pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed. Penekanan ini sejajar dengan dasar kerajaan kita untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Namun, perindustrian memang membawa pelbagai kebaikan kepada negara dan rakyat tanpa sebarang pertikaian lagi.

Kebaikan yang dibawa oleh perindustrian terhadap negara ialah dasar ini menyebabkan negara kita mampu mengurangkan import terutama barangan tertentu. Pengurangan import ini berupaya dilakukan kerana sektor industri negara telah berjaya menghasilkan produk tersebut pada harga yang lebih murah. Situasi ini turut memberi kesan terhadap sumber kewangan negara kerana kurang wang diperlukan untuk membayar harga barangan yang diimport. Lantas, wang tersebut mampu digunakan untuk pembangunan sektor lain.

Jadi, sumber kewangan negara yang berlebihan itu digunakan untuk meninggikan taraf hidup rakyat. Peningkatan taraf hidup ini dikaitkan dengan terhasilnya kemudahan-kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan yang bertaraf tinggi kepada rakyat. Semua kemudahan ini dinikmati oleh rakyat negara kita tanpa perlu membayar kos yang lebih mahal. Kemudahan ini turut memudahkan rakyat untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

Selain itu, penubuhan kilang menjadi antara intipati perindustrian. Kilang terpaksa dibina untuk menghasilkan pelbagai produk mengikut permintaan masyarakat antarabangsa. Justeru, permintaan terhadap bahan mentah negara akan meningkat. Hasil bahan mentah negara seperti bijih timah, getah, dan kayu akan meningkat selaras dengan perkembangan industri produk tersebut. Harga komoditi negara itu sudah pasti akan turut meningkat dengan mendadak yang menguntungkan rakyat negara ini.

Malah, penubuhan kilang ini sudah pasti memerlukan bilangan sumber manusia yang banyak. Rakyat negara ini akan mempunyai pekerjaan yang banyak atau boleh membuat pilihan. Kewujudan peluang pekerjaan ini sudah pasti menyaksikan negara ini mempunyai satu dimensi rakyat yang tidak bimbang tentang masa depan mereka kerana yakin kemampuan sektor perindustrian untuk terus berkembang dalam tempoh yang panjang.

Lantaran itu, semua perkara yang dinyatakan di atas telah menyebabkan imej negara turut meningkat. Masyarakat antarabangsa melihat negara kita sebagai sebuah negara yang mempunyai aktiviti ekonomi yang kukuh dan stabil. Pada mata mereka, negara kita telah berjaya menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih baik daripada negara-negara jiran atau negara di benua lain yang masih berada di tahap yang menyedihkan. Imej yang baik di persada dunia ini sudah pasti memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara kita yang berasa bangga tinggal di Malaysia.

Kesimpulannya, sektor perindustrian mampu membawa pelbagai impak positif kepada rakyat negara ini. Cuma dalam keghairahan kita menempa kejayaan dalam bidang ini, semua pihak harus menyedari impak negatif yang turut mampu terhasil akibat sektor ini. Mungkin kita harus merenung secara mendalam penekanan kita dalam bidang ini sebelum impak yang buruk menjadi ketara menjelang alaf mendatang.

Campur Tangan Kerajaan Dalam Perdagangan Antarabangsa

MTDC GESA AHLI POLITIK DAN PENGGUBAL DASAR LEBIH INOVATIF RANGKA DASAR

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ahli politik dan penggubal dasar perlu inovatif dan mengambil kira kekuatan dalaman negara serta saiz jurang sedia ada semasa merangka dasar inovasi, kata Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC). Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Norhalim Yunus dalam satu kenyataan hari ini berkata berkaitan indeks global, negara-negara perlu menanda aras berbanding negara dalam kelompok mereka dan bukannya negara yang berada di senarai teratas.

Beliau juga menekankan kepentingan memupuk budaya yang menggalakkan dan menyokong keusahawanan. "Usahawan yang lebih fokus, berupaya dan mendapat dorongan perlu dilahirkan bagi mengambil teknologi daripada badan penyelidikan dan pembangunan untuk di bawa ke pasaran," katanya. Menurut kenyataan MTDC itu, Norhalim berkata demikian ketika beliau berkongsi pengalaman dan pandangannya tentang Menggalakkan Pembinaan Kapasiti Teknologi dan Mengukuhkan Daya Saing Perdagangan di Ekonomi-Ekonomi Asia, di Forum Awam, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva, Switzerland.

Beliau merupakan seorang daripada penceramah sesi di Forum tersebut yang diadakan pada 1-3 Okt. Semasa sesi tersebut beliau juga berkata perdagangan dan inovasi mempunyai kaitan secara simbolik. "Jika anda mempunyai usahawan yang baik dalam perdagangan, ia akan merangsang inovasi, dan jika anda mempunyai usahawan yang inovatif, ia akan merangsang perdagangan. "Namun begitu persoalan utama ialah, adakah anda memiliki usahawan yang baik dan berkualiti yang mempunyai dorongan dan wawasan untuk membangunkan perdagangan dan inovasi?," ujarnya.

Forum Awam 2013 itu membincangkan masa depan perdagangan dalam era inovasi dan pendigitalan dan menumpukan kepada perspektif Asia. Ia juga membincangkan topik-topik utama yang termasuk antara lainnya, rasional dasar teknologi dan kesan import teknologi dalam pembuatan Asia, serta pengukuhan daya saing perindustrian menerusi penyelidikan dan pembangunan. Forum Awam WTO itu merupakan acara tahunan yang menyediakan wadah bagi perbahasan awam dalam pelbagai isu dan topik perdagangan WTO. MTDC ialah unit Khazanah Nasional Bhd dan agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan teknologi menerusi pengkomersilan dan aktiviti pemerolehan teknologi.
--BERNAMA