Sunday, April 20, 2014
Monday, March 31, 2014
ASEAN Free Trade Area ( AFTA)
Implemented on 1
Jan 1993, AFTA is an agreement aimed at boosting trade amongst ASEAN members. Among its many
benefits, the AFTA Common Effective Preferential Tariff (AFTA CEPT) Scheme is
the main mechanism for reducing tariffs and thereby, according businesses price
competitiveness for their goods. This Scheme has since been enhanced and
superseded by the ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA), which entered into
force on 17 May 2010, to reflect changes in business processes.ATIGA
consolidates all commitments related to trade in goods. It focuses not only on
tariff elimination and non-tariff measures, but also on simplifying the Rules
of Origin and its implementation. Traders already benefiting from the AFTA CEPT
Scheme can continue to benefit from the ATIGA. Businesses will be able to save
time, lower the costs of doing business in ASEAN and access increased business
opportunities.ASEAN Member States are Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines,
Singapore and Thailand (which are collectively known as the ASEAN-6) and
Cambodia, Lao PDR, Myanmar and Vietnam (which are collectively.
Thursday, March 27, 2014
Arak dan judi – sumber jenayah dan sumber cukai yang paling tinggi dalam negara
Di dalam Islam, ibu kepada segala maksiat ialah arak. Arak punca
kepada mabuk iaitu hilang akal dan rosak akal. Apabila hilang akal, maka
manusia tidak dapat kawal diri dan tidak stabil.
Natijahnya ia membawa
kepada kerosakan pada diri dan orang lain. Kita sering dengar orang mabuk akan:
- membawa
kereta dan terlibat dalam kemalangan lalu cedera dan terbunuh
- memandu
dalam mabuk dan melanggar orang lain, sehingga ada orang cedera dan
terbunuh
- merogol
wanita termasuk anak sendiri dan saudara perempuan sendiri
- memukul
atau mencederakan orang lain
Kesemua natijah arak
ini membawa kepada kerugian harta benda, keselamatan, dan nyawa manusia.
Ada isteri menjadi janda, anak ada menjadi yatim, dan ada suami menjadi duda
kerana kehilangan orang yang tersayang akibat arak.
Judi juga membawa
kepada kerosakan akal yang didorong oleh emosi hayalan dan fikiran hayalan.
Orang berjudi sentiasa berhayal untuk menang dan akhirnya menganggap duit adalah
segala-galanya, lalu orang berjudi akan ketagih dan menjadikan duit sebagai
berhala moden. Kehidupan mereka menjadi superficial dan penuh fantasi kerana
mengharapkan fatamorgano syurga dunia.
Natijah judi juga
membawa kerosakan yang hampir sama dengan arak. Kita sering mendengar orang
yang berjudi akan:
- menghabiskan
duitnya untuk berjudi
- memukul
isteri dan anak untuk dapatkan duit untuk berjudi
- menjual
harta benda untuk berjudi
- menjual
isteri dan anak untuk berjudi
- membuat
pinjaman dari kawan-kawan untuk berjudi
- mencuri
untuk berjudi
- membunuh
untuk berjudi
- bunuh
diri atau menghilangkan diri bila kalah judi.
Oleh kerana arak dan
judi membawa kerosakan yang lebih besar melibatkan nyawa, kesejahteraan diri
manusia dan masyarakat serta hartabenda, maka Islam mengharamkan arak dan judi
pada orang Islam. Di dalam negara yang berbilang agama dan bangsa, arak dan
judi adalah untuk orang bukan Islam. Bagaimanapun Islam mengharamkan orang
Islam bukan sahaja tidak boleh minum dan main judi, malah:
- tidak
boleh promosi arak dan judi
- tidak
boleh bekerja dengan syarikat arak dan judi
- tidak
boleh melabur wang dalam syarikat arak dan judi
- tidak
boleh terlibat dalam apa jua aktiviti yang melibatkan arak dan judi
Apabila seseorang
Muslim menggunakan pendapatan dari sumber haram iaitu arak dan judi, ia boleh
memberi kesan kepada amal ibadah diri sendiri, zuriat darah daging
sendiri, dan keberkatan dalam usia, harta, dan keluarga serta petunjuk dari
Tuhan. Apabila diri penuh dengan dosa, dada akan menjadi sempit dan gelap dan
sukar untuk ditembusi hidayah melainkan mereka bertaubat.
Manakala di hari
akhirat pula, daging yang tumbuh dan hidup dari sumber arak dan judi akan
menjadi bahan api neraka. Na’uzubillah hi min zalik. Semoga kita terjauh
daripada perkara berkenaan.
Malang di Malaysia,
sebuah negara yang dianggap “Negara Islam” membenarkan perniagaan arak dan judi
secara berleluasa kerana ia menjadi sumber cukai untuk negara paling
tinggi. Di setiap premis dalam senarai dalam jadual ini, terdapat arak dan
judi.
Apa yang lebih malang
lagi ialah apabila orang Muslim menjadi pelopor dan penyokong kepada
perniagaaan arak dan judi di negara ini. Mereka dilantik oleh tuanpunya
syarikat yang terdiri dari orang bukan Islam bagi tujuan memudahkan mendapat
lesen arak dan judi. Dengan ada orang-orang tertentu dari kalangan orang besar
Melayu dan Muslim, maka lebih mudah perniagaan arak dan judi ini dijalankan dan
memberi pulangannya yang besar kepada tuan punya syarikat. Sebagai pulangan,
orang-orang Melayu yang berada dalam lembaga syarikat akan mendapat bayaran
yang lumayan selain daripada komisyen keuntungan untuk parti politik mereka.
Carslberg adalah
syarikat arak yang tertua dalam negara. Kerajaan telah memberikan tanah di
Selangor dalam bentuk sewa pajak kepada Carlsberg untuk operasi kilang dan
perniagaan arak. Di dalam Lembaga Syarikat Carslberg terdapat orang Melayu
Islam.
Perniagaan judi di
Malaysia mempunyai akar sejarahnya dalam UMNO, parti terbesar orang Melayu.
Surat ini jelas menunjukkan betapa ada parti politk sejak 1953 lagi
mempromosikan perniagaan judi dalam negara.
Jadi tidak hairanlah
perniagaan judi mendapat sokongan dan promosi akhbar yang dimiliki oleh UMNO
dan MCA dalam negara. Di dalam semua akhbar arus perdana, maklumat mengenai
nombor ekor dan keputusan nombor, ekor menjadi buruan kaki judi.
Turut sama malang
ialah apabila duit KWSP milik rakyat, termasuk rakyat Muslim, digunakan untuk
dilabur dalam syarikat yang menjalankan perniagaan arak and judi.
Keuntungan pelaburan ini kemudian dipulangkan kepada penyimpan KWSP iaitu
kakitangan kerajaan yang beragama Islam.
Menurut Zakri Ali,
“Pengakuan selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna Islam
(PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam dinegara ini.
Walaupun surat ini
sudah lama, namun hingga kini KWSP masih lagi aktif untuk melaburkan dana
caruman umat Islam yang kini melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan
riba.
Empat cabang pelaburan
KWSP yang utama didedahkan iaitu:
- Pelaburan
Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
- Pinjaman
Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
- Pelaburan
Dalam Pasaran Wang-FOREX
- Pelaburan
Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat
judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat
kroni BN yang nak bankrap.
Pelaburan pelbagai yang tidak terkawal ini
menunjukan sikap tidak sensitif KWSP dalam menguruskan sumber kewangan umat
Islam. Ini amat mengecewakan kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara
paksarela begitu sahaja. Dengan organisasinya yang besar, adalah tidak logik
KWPS tidak mampu untuk membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini
boleh perkenalkan perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?”
Seterusnya Zakri Ali menulis hubungan UMNO
dengan syarikat arak dan judi di Malaysia. Semua tulisan ini dipetik
dari http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/04/mari-baca-bukti-umno-dan-judi-tidak.html
Genting Highland
Genting Berhad yang
merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai
1968. Tiga tahun selepas
ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah
disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali
sebagai Genting Highlands Hotel Berhad. Setelah itu namanya dikenali sebagai
Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.
Di bawah bendera Genting, dua syarikat
utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan Umno dalam
syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke
hari ini. Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini
dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts
World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk
di atas kapal peranginan.
Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting
Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan
syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino. Yayasan Noah kini diwarisi
oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno,
Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri
Noah.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi
pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Antaranya ialah bekas Ketua
Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin
Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi
Pengarah Genting Berhad.
Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian
Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World
Berhad.
Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam
aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh
generasi kepimpinan muda dalam Umno.
——————————————————————————–
Sports TOTO
Sports Toto Malaysia diasaskan
pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical
Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East
Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih
oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.
Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai
judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara
iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana
menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.
Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat
milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni
yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Berdasarkan carian yang dibuat
Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia,
Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad
yang memiliki Sports Toto.
Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham
dibuat melalui Cimsec Nominees. Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di
dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.
Selain itu, Sports Toto Malaysia juga
mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia
yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam.
Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.
Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.
Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut,
antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya
yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini
dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki
292,336,584 saham di dalam Sports Toto.
Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk
Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad
yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto. Daripada carta ini jelas
Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi
kegiatan judi berkenaan.
——————————————————————————–
MAGNUM 4D
Magnum 4D Berhad sebelum ini
dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di
kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.
Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D
Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi
anak syarikat Magnum 4D Berhad.
Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak
langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri
Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum
4D.
Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang
menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di
dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam
Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D. Ini menjadikan menteri Kewangan
Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam
`pusat pelaburan mingguan tersebut.
Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan
mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069
saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk
Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D. Ini menjadikan
lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam
sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.
Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag
tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah
syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843
saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.
Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang
kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham
dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.
Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai
anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak
680,334 saham. Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini
menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan
mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.
—-akhir petikan——————
Kesimpulannya, kita harus
berbalik kepada apa yang dikemukan oleh para sosiologis Islam dalam mengurus
dan mentadbir masyarakat dan manusia. Semua keputusan untuk memberi lesen
arak dan judi harus disandarkan kepada lima keutamaan untuk dipulihara di bawah
ini. Keutamaan memulihara 5 perkara ini ini harus diikut berdasarkan urutannya.
- Agama
– menolak ajaran agama membawa padah
- Akal – arak, judi, dadah, rokok, fantasi
- Keturunan – pergaulan bebas, khalwat, seks, pelacuran,
- Nyawa – pembunuhan, pergaduhan
- Harta – rompak, vandalisma, VCD, DVD
Semua agama mempunyai
ISO dan SOP iaitu panduan/peraturan (piawai) dan langkah-langkah/kaedah dalam
urusan beragama yang mempromosi nilai murni dan sejahtera. Oleh itu, agama
harus dirujuk terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Tetapi bagi
negara dan pemimpin yang meganuti fahaman sekularisma yang memisahkan agama
dari urusan pemerintahan dan pentadbiran tidak akan setuju dengan perkara
agama. Dalam urusan arak dan judi, semua agama memberikan beberapa
prinsip umum bagi menyelesaikan kesan arak dan judi. Mengapa tidak ikut?
Perkara kedua yang
mesti dipulihara ialah akal. Apabila akal rosak, maka ia membawa
ketidakseimbangan pada diri manusia. Manusia tidak dapat lagi membezakan yang
baik dan buruk. Arak, judi, dadah, dan apa juga benda yang boleh merosakkkan
dan melemahkan akal boleh mendorong manusia untuk melakukan jenayah dan segala
bentuk kejahatan. Apapun, akal tidak rosak kalau perkara pertama iaitu agama
itu dipulihara dan ditaati.
Perkara ketiga yang mesti dipulihara mengikut
urutan ialah keturunan. Apabila agama tidak dipulihara, maka akal akan rosak.
Apabila akal rosak, maka keturunan manusia boleh rosak akibat perbuatan orang
hilang akal. Pergaulan bebas, pakaian yang seksi, bahan lucah, dan arak adalah
antara penyumbang kepada kes rogol, zina, mengandung luar nikah dan kes buang
anak. Di sinilah rosaknya keturunan manusia dan ia akan menjadi melata di
atas bumi seperti yang dikemukakan oleh teori domino effect.
Perkara keempat yang
mesti dipulihara ialah nyawa. Manusia boleh membunuh orang lain apabila mereka
tidak mengikut ajaran agama, apabila fikiran mereka tidak siuman akibat amalan
gaya hidup tidak mengikut garis panduan agama. Akhirnya mereka bukan sahaja
boleh sampai kepada tahap membunuh. Seorang yang mabuk akibat arak boleh
membunuh. Seorang kaki judi juga berpotensi membunuh orang. Anak yang
dilahirkan luar nikah juga berpotensi akan dibunuh kerana akal manusia sudah
tidak terkawal. Apapun nyawa ini berada di tempat ke empat dan pembunuhan boleh
dicegah jika 3 perkara di atas dipulihara dengan rapi.
Dan akhir sekali ialah
harta benda yang mesti dipulihara. Mengapa harta berada di tempat paling akhir
dalam susunan ini? Harta adalah suatu yang boleh diganti dan dicari kalau ia
rosak, tetapi agama, akal, keturunan, dan nyawa tidak boleh dibeli dan tidak
boleh dicari ganti. Mungkin kapitalis dan sekularis lebih suka meletakkan
perkara harta benda di tempat paling atas kerana harta dan wang adalah berhala
sembahan mereka atau sembahan hati dan emosi mereka.
Arak dan judi adalah
dua sumber jenayah tetapi kapitalis dan sekularis tidak menghiraukan kesan arak
dan judi dalam masyarakat kerana yang lebih penting ialah keuntungan perniagaan
dari arak dan judi adalah lumayan! dan bagi negara seperti Malaysia, cukai arak
dan judi kononnya boleh digunakan untuk membangunkan negara walaupun tidak
diberkati Tuhan.
GST - kempen
mari tonton video yang unik untuk GST….perkara apa yang dikenankan
GST dan perkara apa yang tidak dikenakan GST….sama-sama kita
tinjau..
Tuesday, March 18, 2014
Wednesday, January 22, 2014
Inisiatif Malaysia dalam memperkenalkan dinar emas
Penggunaan
dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri
Malaysia yang keempat.
Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 – satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
Pada
tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran
berteraskan emas – sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan
dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di
dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media
pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit.
Harga
bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas.
Proposal
ini bertujuan mencari sistem alternatif bagi mengelakkan ketidakpastian situasi
ekonomi yang terdedah kepada ancaman manipulasi mata wang dan aktiviti
spekulasi.
JTP 293 :- PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Assalamualaikum,
Salam sejahtera dan salam 1 malaysia..
Terciptanya blogspot ini bagi sama-sama kita untuk memperluaskan lagi fahaman tentang PERNIAGAAN ANTARABANGSA yang melingkungi dalam dan luar Malaysia. Dengan erti kata lain, blog ini adalah satu tugasan dalam modul JTP293 PERNIAGAAN ANTARABANGSA bagi pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Sains Malaysia
Di sini saya memperkenalkan ahli kumpulan saya iaitu :-
1- Fadzil Bin Md Nor WE/JG/79/12
2- Mohd Haniff Bin Hasbullah JG/6075/12
3- Syahrul Nizal Bin Staffa JG/6521/12
4- Nor Firdaus bt Abdul Razak JG/6241/12
5- Safinas Binti Mohd Nor JG/6404/12
6- Nur Aida Natasha Bt Md Radzi JG/6293/12
Sekiranya cik/encik/puan/tuan ada kemusykilan terhadap artikel-artikel
kami.... dengan senang hati tuan/puan bolehlah memberi cadangan atau
komen bagi memudahkan lagi kefahaman pembaca-pembaca kami..
sekian, terima kasih
SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
SEBAB SEBAB SEKATAN
1 ) Melindungi industri penting
- Industri penting seperti industri beras dan industri senjata api perlu dilindungi oleh kerajaan.
- Industri beras dan industri senjata api adalah amat penting dalam masa kecemasan, misalnya ketika negara itu diserang oleh negara lain.
- Kerajaan mesti mengurangkan persaingan yang dihadapi oleh industri penting daripada barang import melalui sekatan import bagi memastikan industri penting berkembang danmenghasilkan bekalan yang mengcukupi kepada negara.
2 ) Melindungi industri muda
- Industri muda adalah industri yang baru ditubuhkan di dalam negara, misalnya industri kereta proton di Malaysia.
- Industri muda masih belum menikmati ekonomi bidangan dan kos purata pengeluaranya adalah lebih tinggi daripada industri barang import.
- Industri muda belum mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada orang ramai. Oleh itu,pasaranya adalah terhad dan keupayaan pengeluaranya adalah di bawah tingkat optimum.
- Keluaran industri muda belum setanding dari segi kualiti dan harga berbanding dengan barang import. Oleh itu, kerajaan perlu menyekat barang import supaya industri muda dapatberkembang dan bertanding dengan industri asing.
3 ) Mempelbagaikan ekonomi negara
- Kegiatan ekonomi tradisional yang diamalkan oleh kebanyakan negara sedang membangun merupakan kegiatan pertanian yang rendah daya pengeluaran dan pendapatanya.
- Untuk menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, adalah mustahak mempelbagaikan ekonomi negara, contohnya memajukan industri perkilangan.
- Usaha mempelbagaikan ekonomi dapat mengurangkan pergantungan negara pada import dan eksport tertentu dan menstabilkan ekonomi negara.
- Untuk menjayakan usaha mempelbagaikan ekonomi., kerajaan harus melaksanakan dasar menyekat import terhadap keluaran negara asing yang bersaing dengan kelauaran tempatan. Selain itu, kerajaan perlu melaksanakan dasar menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barang eksport negara di pasaran antarabangsa.
4 ) Meningkatkan guna tenaga
- Perkembangan industri-industri tempatan terutamanya industri perkilangan dapatmewujudkan banyak peluang pekerjaan. Ini seterusnya menambahkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.
- Ini juga bertujuan untuk melindungi industri-industri tempatan dan mempelbagaikan ekonomi demi meningkatkan guna tenaga dalam negara.
5) Memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif
- Kebanyakan negara membangun mempunyai imbangan pembayaran yang negatif keranakadar syarat perdagangan yang merugikan. Ini menyebabkan jumlah perbelanjaan importmelebihi jumlah pendapatan eksport.
- Untuk memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif, kerajaan harus mengurangkan import melalui sekatan-sekatan import serta menambahkan eksport melalui galakan-galakan eksport.
6) Menentang dasar lambakan negara asing
- Negara asing yang melaksanakan dasar lambakan iaitu memonopoli pasaran negara dagangnya dengan menjual barang pada harga yang jauh lebih rendah dan menyebabkan industri barang berkaitan di negara dagangnya kehilangan pasaran. Seterusnya, akan berlakupengangguran.
- Untuk menentang dasar lambakan negara asing, negara yang mengimport barang lambakan akan menyekat import barang berkenaan demi melindungi industri tempatan.
7) Menambah pendapatan kerajaan
- Sekatan import dalam bentuk tarif merupakan sumber pendapatan penting kepada kerajaan. Kerajaan mengenakan cukai import untuk menambahkan pendapatan kerajaan.
- Tarif bukan sahaja dapat membiayai lebihan perbelanjaan kerajaan tetapi juga boleh melindungi industri-industri tempatan dan memperbaiki imbangan pembayaran negara.
8 ) Alasan berdikari
- Sekatan import dapat memajukan industri penggantian import dalam negara.
- Subsidi eksport dapat memajukan industri berorientasikan eksport.
- Apabila sekatan import dan subsidi eksport telah berjaya memajukan industri-industri berkenaan dan mempelbagaikan ekonomi, negara itu dapat berdikari tanpa terlalu bergantung pada eksport-import.
- Keupayaan berdikari dari segi ekonomi dapat menjamin kestabilan ekonomi negara tanpa pengaruh besar daripada keadaan melambung meleset
- di negara-negara asing.
Kenapa Kerajaan Memperkenalkan GST !!! #Bajet2014 #Malaysia
Jom kita sama2 kenali apa itu GST.... baca dulu baru nilai... peace =)
Monday, January 20, 2014
Duti Eksais Tentukan Harga Kereta
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kerajaan bersedia untuk menurunkan duti eksais yang secara langsung boleh menurunkan harga kereta jika kedudukan fiskal negara membenarkan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, walaupun perkara itu tertakluk kepada Kementerian Kewangan, tetapi kementeriannya komited untuk merealisasikan penurunan harga kereta dalam Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014.
''Buat masa ini, tiada kemungkinan untuk kerajaan melalui Kementerian Kewangan menurunkan duti eksais.
''Bagaimanapun, jika terdapat pendapatan daripada sektor lain yang boleh menjadi alternatif kepada hasil duti tersebut, tidak mustahil (harga) boleh diturunkan,'' kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa mengumumkan Dasar Automotif Nasional 2014 di sini hari ini.
Tahun lalu, kerajaan menyasarkan untuk mencapai sasaran defisit fiskal pada paras tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020.
Jika sasaran berkenaan diambil kira, potensi untuk duti eksais dikurangkan menjelang 2020 adalah cerah.
Mustapa menjelaskan, kementeriannya sudah membangunkan rangka kerja pengurangan harga bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 dan 30 peratus sehingga tahun 2017.
Rangka kerja itu meliputi pelbagai langkah, dan faktor asas ialah meliberalisasikan industri automotif tempatan, tambah beliau.
Langkah mengurangkan harga kenderaan juga merupakan akujanji Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas yang kemudiannya berjaya membentuk kerajaan.
Sementara itu, bagi mengurangkan kebimbangan rakyat mengenai peraturan jangka hayat kenderaan (ELV), kerajaan telah mengambil keputusan untuk tidak mewajibkannya.
"Proses pemeriksaan kenderaan akan dilakukan secara sukarela oleh pemilik dan perkhidmatan berkenaan tidak dimonopoli oleh mana-mana syarikat seperti sekarang," ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140121/ek_01/Duti-eksais-tentukan-harga-kereta#ixzz2r00QtHha
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)