Monday, January 20, 2014
CHINA Mendominasi Pasaran Antarabangsa Dunia
Ini sedikit sebanyak dapatan hasil carian maklumat saya mengenai perbandingan cukai dan pengeluaran di negara-negara Asia ...
Apa yang dapat saya rumuskan disini, kadar cukai di negara China kurang membebankan rakyat kerana tidak mengenakan cukai kepada beberapa keperluan rakyat seperti sektor pendidikan, kesihatan dan juga cukai barangan runcit GST.
Kaedah Yang Digunakan Oleh Malaysia Dalam Mengehadkan Perdagangan Antarabangsa
Jenis-Jenis Sekatan
Cukai Langsung
Tarif merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang
dan perkhidmatan yang diimport. Apabila tarif import dikenakan, harga import
meningkat dan kuantiti barang import yang diminta akan jatuh.
Tarif Ad-Valorem − Cukai import yang dihitung
berdasarkan harga barang import.
Jika tarif ialah 50%, maka barang import yang bernilai RM20,000
dikenakan jumlah cukai sebanyak RM10,000, manakala barang import yang bernilai
RM40,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM20,000.
Tarif Spesifik − Cukai tetap yang dihitung
berdasarkan kuantiti barang import.
Jika tarif ialah RM30 setiap 100 kilogram beras import, cukai
import beras tersebut adalah tetap tidak kira harga beras import naik atau
turun.
Sekatan tarif akan
1. menaikkan
harga import barangan,
2. mengurangan
permintaan tempatan terhadap barangan import,
3. menambahkan
permintaan tempatan terhadap barangan pengganti import,
4. memperbaiki
imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran negara,
5. menambahkan
pendapatan negara.
Cukai Tak Langsung
Kuota
Kuota merupakan tindakan kerajaan mengehadkan kuantiti maksimum
barang atau perkhidmatan yang boleh diimport dari luar negara untuk satu tempoh
masa tertentu.
Sekatan kuota akan mengurangkan dan menghadkan jumlah kuantiti
import. Apabila kuota dikenakan, penawaran barang import akan jatuh. Kesannya,
kuantiti barang import dalam pasaran tempatan akan berkurangan.
Kekurangan barang import dalam pasaran tempatan akan mendorong
pengguna untuk membeli lebih banyak barang tempatan. Sekatan kuota lebih berkesan daripada tarif untuk mengurangkan
persaingan dari luar apabila permintaan tempatan terhadap barang import tidak anjal harga, iaitu keadaan di mana peratus
penurunan kuantiti diimport adalah sedikit sahaja walaupun harga import
barangan meningkat dengan mendadak.
Kawalan Pertukaran Asing
Kawalan pertukaran asing merupakan tindakan kerajaan campur tangan
dalam pasaran pertukaran asing. Bank pusat mengawal terhadap jumlah pelbagai
mata wang asing yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan.
Mata wang asing diperlukan untuk mengimport barang dari luar
negara. Bagi mengurangkan import dari sesebuah negara, kerajaan akan mengurangkan penawaran mata wang negara tersebut dalam pasaran.
Apabila BNM mengurangkan jumlah Dolar Amerika yang dapat dibeli
oleh pengimport Malaysia, import dari Amerika akan disekat.
Apabila BNM menghadkan hanya RM1000 per orang yang boleh dibawa ke
luar negara, jumlah perbelanjaan di luar negara akan dikurangkan.
Kawalan pertukaran asing dapat menggalakkan perkembangan industri
pengganti import dalam negara.
Subsidi Eksport
Bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar yang berorientasikan
eksport. Subsidi eksport akan mengurangkan tanggungan kos pengeluar dan
seterusnya menurunkan harga barang eksport.
Subsidi eksport akan meninggikan kuasa persaingan barang eksport
dan menyekat persaingan eksport negara asing di pasaran antarabangsa.
Pemberian subsidi eksport oleh kerajaan Malaysia kepada pengeluar
minyak kelapa sawit di Malaysia telah meningkatkan eksport minyak kelapa sawit
Malaysia dan mengurangkan eksport minyak kacang soya Amerika di pasaran
antarabangsa.
Embargo
Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import
dari negara tertentu. Semua pihak berkuasa tempatan di pelabuhan, lapangan terbang dan
stesen keretapi melarang barang dari negara yang dikenakan embargo dibawa masuk
ke dalam negara. Sekatan embargo bertujuan menyekat import dan seterusnya
menjejaskan ekonomi negara musuh atau negara yang melanggar prinsip kemanusiaan
dunia.
Piawai Kesihatan dan Keselamatan
Sekatan dalam bentuk peraturan mengawal jenis barang import.
Tuesday, January 14, 2014
Kebaikan Kenggunakan Dasar Perindustrian Di Malaysia
Negara
kita telah mengutamakan perindustrian untuk mencapai era negara moden. Kerajaan
telah menjalankan pelbagai dasar untuk meningkatkan tahap industri negara.
Sememangnya negara kita telah memberi penekanan yang ketara terhadap aspek perindustrian terutama sejak awal tahun 80-an yakni era pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed. Penekanan ini sejajar dengan dasar kerajaan kita untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Namun, perindustrian memang membawa pelbagai kebaikan kepada negara dan rakyat tanpa sebarang pertikaian lagi.
Kebaikan yang dibawa oleh perindustrian terhadap negara ialah dasar ini menyebabkan negara kita mampu mengurangkan import terutama barangan tertentu. Pengurangan import ini berupaya dilakukan kerana sektor industri negara telah berjaya menghasilkan produk tersebut pada harga yang lebih murah. Situasi ini turut memberi kesan terhadap sumber kewangan negara kerana kurang wang diperlukan untuk membayar harga barangan yang diimport. Lantas, wang tersebut mampu digunakan untuk pembangunan sektor lain.
Jadi, sumber kewangan negara yang berlebihan itu digunakan untuk meninggikan taraf hidup rakyat. Peningkatan taraf hidup ini dikaitkan dengan terhasilnya kemudahan-kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan yang bertaraf tinggi kepada rakyat. Semua kemudahan ini dinikmati oleh rakyat negara kita tanpa perlu membayar kos yang lebih mahal. Kemudahan ini turut memudahkan rakyat untuk menjalani kehidupan seharian mereka.
Selain itu, penubuhan kilang menjadi antara intipati perindustrian. Kilang terpaksa dibina untuk menghasilkan pelbagai produk mengikut permintaan masyarakat antarabangsa. Justeru, permintaan terhadap bahan mentah negara akan meningkat. Hasil bahan mentah negara seperti bijih timah, getah, dan kayu akan meningkat selaras dengan perkembangan industri produk tersebut. Harga komoditi negara itu sudah pasti akan turut meningkat dengan mendadak yang menguntungkan rakyat negara ini.
Malah, penubuhan kilang ini sudah pasti memerlukan bilangan sumber manusia yang banyak. Rakyat negara ini akan mempunyai pekerjaan yang banyak atau boleh membuat pilihan. Kewujudan peluang pekerjaan ini sudah pasti menyaksikan negara ini mempunyai satu dimensi rakyat yang tidak bimbang tentang masa depan mereka kerana yakin kemampuan sektor perindustrian untuk terus berkembang dalam tempoh yang panjang.
Lantaran itu, semua perkara yang dinyatakan di atas telah menyebabkan imej negara turut meningkat. Masyarakat antarabangsa melihat negara kita sebagai sebuah negara yang mempunyai aktiviti ekonomi yang kukuh dan stabil. Pada mata mereka, negara kita telah berjaya menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih baik daripada negara-negara jiran atau negara di benua lain yang masih berada di tahap yang menyedihkan. Imej yang baik di persada dunia ini sudah pasti memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara kita yang berasa bangga tinggal di Malaysia.
Kesimpulannya, sektor perindustrian mampu membawa pelbagai impak positif kepada rakyat negara ini. Cuma dalam keghairahan kita menempa kejayaan dalam bidang ini, semua pihak harus menyedari impak negatif yang turut mampu terhasil akibat sektor ini. Mungkin kita harus merenung secara mendalam penekanan kita dalam bidang ini sebelum impak yang buruk menjadi ketara menjelang alaf mendatang.

Campur Tangan Kerajaan Dalam Perdagangan Antarabangsa
MTDC GESA
AHLI POLITIK DAN PENGGUBAL DASAR LEBIH INOVATIF RANGKA DASAR
KUALA LUMPUR, 4 Okt
(Bernama) -- Ahli politik dan penggubal dasar perlu inovatif dan mengambil kira kekuatan dalaman
negara serta saiz jurang sedia ada semasa merangka dasar inovasi, kata Malaysian
Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC). Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Norhalim
Yunus dalam satu kenyataan hari ini berkata berkaitan indeks global,
negara-negara perlu menanda aras berbanding negara dalam kelompok mereka dan bukannya
negara yang berada di senarai teratas.
Beliau juga menekankan kepentingan memupuk
budaya yang menggalakkan dan menyokong keusahawanan. "Usahawan yang lebih fokus, berupaya dan
mendapat dorongan perlu dilahirkan bagi mengambil teknologi daripada badan
penyelidikan dan pembangunan untuk di bawa ke pasaran," katanya. Menurut kenyataan MTDC itu, Norhalim berkata
demikian ketika beliau berkongsi pengalaman dan pandangannya tentang
Menggalakkan Pembinaan Kapasiti Teknologi dan Mengukuhkan Daya Saing
Perdagangan di Ekonomi-Ekonomi Asia, di Forum Awam, Pertubuhan Perdagangan Dunia
(WTO) di Geneva, Switzerland.
Beliau merupakan seorang daripada penceramah
sesi di Forum tersebut yang diadakan pada 1-3 Okt. Semasa sesi tersebut beliau juga berkata
perdagangan dan inovasi mempunyai kaitan secara simbolik. "Jika anda mempunyai usahawan yang baik
dalam perdagangan, ia akan merangsang inovasi, dan jika anda mempunyai
usahawan yang inovatif, ia akan merangsang perdagangan. "Namun begitu persoalan utama ialah,
adakah anda memiliki usahawan yang baik dan berkualiti yang mempunyai dorongan dan
wawasan untuk membangunkan perdagangan dan inovasi?," ujarnya.
Forum Awam 2013 itu membincangkan masa depan
perdagangan dalam era inovasi dan pendigitalan dan menumpukan kepada
perspektif Asia. Ia juga membincangkan topik-topik utama yang
termasuk antara lainnya, rasional dasar teknologi dan kesan import
teknologi dalam pembuatan Asia, serta pengukuhan daya saing perindustrian menerusi
penyelidikan dan pembangunan. Forum Awam WTO itu merupakan acara tahunan
yang menyediakan wadah bagi perbahasan awam dalam pelbagai isu dan topik
perdagangan WTO. MTDC ialah unit Khazanah Nasional Bhd dan
agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan teknologi menerusi
pengkomersilan dan aktiviti pemerolehan teknologi.
--BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)